Sakit gigi bukan sahaja mengganggu, malah boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan jika dibiarkan tanpa rawatan. Di Klinik Pergigian Arden, kami sering menerima pesakit dengan pelbagai jenis masalah gigi — ada yang ringan, ada yang sudah melarat.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 7 masalah pergigian paling biasa serta rawatan yang sesuai untuk membantu anda faham dan bertindak lebih awal sebelum ia menjadi lebih serius.
Gigi Berlubang (Karies)
Punca: Pengumpulan plak akibat makanan manis dan tidak memberus gigi dengan betul.
Tanda-tanda:
- Sakit apabila makan manis/sejuk
- Lubang kecil yang nampak hitam/coklat pada gigi
Rawatan:
- Tampalan (filling) jika masih awal
- Root canal jika lubang sudah kena saraf
- Crown untuk perlindungan tambahan selepas rawatan akar
Sakit Gusi & Gusi Berdarah (Gingivitis/Periodontitis)
Punca: Kebersihan mulut yang tidak baik menyebabkan plak dan bakteria berkumpul di celah gusi.
Tanda-tanda:
- Gusi merah, bengkak atau berdarah semasa memberus
- Nafas berbau
- Gigi longgar (jika kronik)
Rawatan:
- Scaling & polishing (cuci karang gigi)
- Rawatan lanjutan seperti deep scaling jika tahap lebih serius
Gigi Sensitif
Punca: Enamel haus, tampalan rosak, gusi surut atau keretakan kecil pada gigi.
Tanda-tanda:
- Ngilu bila makan/minum sesuatu yang sejuk, panas atau manis
Rawatan:
- Ubat gigi khas untuk gigi sensitif
- Tampalan jika ada kerosakan
- Fluoride treatment atau rawatan khas untuk menutup permukaan sensitif
Gigi Tidak Tersusun (Maloklusi)
Punca: Genetik, tabiat buruk semasa kecil (pacifier, hisap jari), atau kehilangan gigi awal.
Tanda-tanda:
- Gigi bertindih
- Sukar mengunyah atau bercakap
- Tak selesa dengan penampilan
Rawatan:
- Braces (pendakap gigi)
- Rawatan ortodontik lain bergantung pada umur dan tahap masalah
Gigi Bongsu Bermasalah (Impacted Wisdom Tooth)
Punca: Gigi bongsu yang tumbuh secara senget, tersembunyi atau tidak cukup ruang.
Tanda-tanda:
- Sakit di bahagian belakang rahang
- Bengkak, sukar buka mulut
- Jangkitan di sekitar kawasan gigi bongsu
Rawatan:
- Cabutan pembedahan gigi bongsu oleh doktor gigi berpengalaman
Gigi Patah atau Retak
Punca: Trauma, terjatuh, gigit benda keras, gigi lemah akibat karies
Tanda-tanda:
- Rasa tajam di gigi
- Sakit bila tekan atau gigit
Rawatan:
- Tampalan komposit untuk keretakan kecil
- Crown untuk perlindungan penuh
- Root canal jika saraf terjejas
Nafas Berbau (Halitosis)
Punca: Plak, karang gigi, sisa makanan, lidah yang kotor, atau masalah sistemik
Tanda-tanda:
- Bau tidak menyenangkan semasa bercakap
- Mulut rasa pahit atau kering
Rawatan:
- Scaling & polishing
- Pembersihan lidah
- Pemeriksaan menyeluruh untuk punca sebenar
Rawatan Awal, Kos Lebih Jimat!
Kebanyakan masalah gigi boleh dirawat dengan kos yang lebih rendah jika dikesan awal. Jangan tunggu hingga sakit menjadi kronik. Pemeriksaan gigi dua kali setahun sangat digalakkan.