new logo arden dental
+60 13-218 1751
Book Appointment
Waktu Operasi
9 Pagi - 6 Petang

Bridge Gigi: Cara Mudah Gantikan Gigi Hilang

Ditulis pada: 16/03/2025

Kehilangan gigi boleh menyebabkan rasa kurang yakin dan menyukarkan anda untuk makan serta bercakap dengan selesa. Tapi jangan risau! Bridge gigi adalah salah satu penyelesaian terbaik untuk mengisi ruang kosong tanpa perlu cabut banyak gigi atau pakai denture yang boleh longgar.

Apa Itu Bridge Gigi?

Bridge gigi ialah prostetik tetap yang digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang dengan cara ‘menghubungkan’ gigi palsu kepada gigi asli bersebelahan. Ia lebih stabil berbanding gigi palsu biasa kerana tidak perlu ditanggalkan setiap hari.

Bagaimana Bridge Gigi Berfungsi?

Bridge terdiri daripada tiga bahagian utama:

  1. Pontic – Gigi palsu yang menggantikan gigi hilang.
  2. Crown sokongan – Diletakkan pada gigi sebelah ruang kosong untuk memegang pontic.
  3. Struktur asas – Biasanya diperbuat daripada porselin atau logam untuk ketahanan jangka panjang.

Proses pemasangan biasanya melibatkan:

  • Pemeriksaan dan pengambilan cetakan gigi.
  • Sedikit pemotongan gigi bersebelahan sebagai sokongan.
  • Pemasangan bridge sementara sebelum bridge kekal dipasang.

Kenapa Bridge Lebih Selesa Daripada Denture?

Tetap & stabil – Tak perlu risau gigi bergoyang atau terjatuh seperti denture.

Lebih selesa & semula jadi – Tidak perlu dicabut setiap hari, jadi lebih selesa untuk makan & bercakap.

Mudah dijaga – Hanya perlu jaga seperti gigi biasa dengan memberus & flossing.

Tahan lama – Dengan penjagaan yang baik, bridge boleh bertahan sehingga 10-15 tahun!

Adakah Anda Calon Sesuai Untuk Bridge Gigi?

Bridge gigi sesuai untuk anda jika:

  • Anda kehilangan 1-2 batang gigi tetapi masih mempunyai gigi sokongan yang kuat.
  • Tak mahu pakai denture yang perlu ditanggalkan setiap hari.
  • Mahu penyelesaian yang lebih stabil & tahan lama tanpa perlu implan.

Jangan Biarkan Ruang Kosong di Gigi Anda!

Kalau dibiarkan lama, gigi sebelah boleh bergerak dan menyebabkan masalah gigitan. Lagi cepat anda bertindak, lagi mudah untuk mendapatkan rawatan terbaik!

Nak tahu sama ada bridge sesuai untuk anda? Buat temujanji dengan doktor gigi kami hari ini!

Jom datang ke cawangan Arden Sungai Besar (+60 13-6161 365) atau Arden Teluk Intan (+60 13-218 1751)

untuk book slot atau WhatsApp kami untuk pertanyaan lanjut. Jangan tunggu sampai masalah jadi lebih besar!

Arden Dental
Kami menyediakan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah gigi anda! Dapatkan semula senyuman manis anda hari ini bersama Klinik Pergigian Arden Teluk Intan
Copyright © 2025 Klinik Pergigian Arden Sdn. Bhd. (1450334-D)
Direka dan Dibina oleh My Class Marketing.