Mesti rasa insecure bila nak bercakap dengan orang bila kita rasa mulut dalam keadaan tak bersih atau berbau.
Rasa malu nak buka mulut pun ada.
Tapi kalau tak bersembang nanti orang ingat kita sombong pulak kan. hermmmm.
Mulut berbau atau dikenali sebagai halitosis merupakan masalah umum yang dapat mempengaruhi kepercayaan diri dan cara interaksi seseorang.
Bau mulut bukan sahaja disebabkan oleh kebersihan mulut, ada juga ynag berkaitan dengan masalah lain.
Apa pun punca mulut berbau, masih ada cara untuk atasi masalah ini. Antaranya:
Amalkan menggosok gigi sekali selepas bangun tidur dan sekali sebelum tidur setiap hari.
Gunakan ubat gigi yang mengandungi bahan fluoride dan biarkan beberapa minit semasa memberus gigi untuk memastikan semua kawasan gigi anda dapat dibersihkan secara efektif.
Pastikan juga untuk mengganti berus gigi setiap 3-4 bulan atau ketika bulu sikat dah tak elok.
Selain gigi, lidah juga merupakan tempat favourite bakteria.
Ada sesetengah berus gigi ada fungsi untuk membersihkan lidah, anda boleh boleh tau dengan melihat belakang berus gigi anda.
Gosok lidah anda untuk hilangkan lapisan putih atau kuning, cara ini membantu untuk kurangkan bau mulut.
Ubat kumur yang mengandung antiseptik atau klorheksidin yang dapat membantu membunuh bakteria penyebab bau mulut.
Gunakan ubat kumur setelah menggosok gigi kemudian membersihkan dengan floss untuk hasil terbaik.
Beberapa makanan seperti bawang, bawang putih, petai, dan makanan berbau kuat dapat menyebabkan bau mulut yang tidak sedap.
Jadi kalau makanan korang ada bahan yang boleh menyebabkan bau mulut, pastikan anda bersihkan mulut selepas selesai makan.
Minum air secara kerap membantu menjaga mulut supaya sentiasa dalam keadaan lembap dan membersihkan sisa makanan dan bakteria dalam mulut.
Dehidrasi boleh menyebabkan mulut kering, sekali gus menyebabkan bau mulut menjadi lebih teruk.
Merokok tidak hanya menyebabkan mulut kering tetapi juga meninggalkan bau yang tidak sedap.
Berhenti merokok adalah langkah paling bagus untuk memperbaiki kesihatan mulut dan menghilangkan bau mulut.
Stres memberi kesan terhadap produksi saliva (air liur), yang menyebabkan bau mulut jadi lebih teruk.
Cara untuk kurangkan stres boleh dilakukan seperti meditasi, olahraga, dan tidur yang cukup.