Mengekalkan kesihatan mulut yang baik dengan memberus gigi dan flos setiap hari adalah sangat penting untuk memastikan gigi kita kuat dan sihat
Pemeriksaan berkala di klinik gigi memainkan peranan penting supaya gigi dan gusi berada pada keadaan terabik sepanjang hayat.
Selalunya untuk check-up gigi tidak memakan kos yang mahal bermula RM 100-200 sekali checkup bergantung kepada gigi individu dan rawatan yang diperlukan.
Ramai dalam kalangan kita sering mengambil remeh tentang pemeriksaan gigi dan jarang pergi ke klinik gigi untuk membuat checkup.
Selalunya, bila kita pergi checkup gigi, doktor gigi akan bersihkan gigi anda dari karang gigi dan kotoran yang berada dicelah gigi dan gusi.
Dan proses ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja!
Sekiranya anda tak buat pemeriksaan berkemungkinan anda tidak menyedari ada gigi yang memerlukan rawatan untuk selamatkan daripada di dicabut. Dan orang selalu akan datang ke klinik hanya apabila ada masalah gigi sahaja.
Walaupun dah berus gigi dan flos setiap hari (bangun pagi dan sebelum tidur) berkemungkinan ada kawasan yang dimana kotoran masih terkumpul.
Disinilah doktor gigi memainkan peranan untuk mengesan masalah ini di peringkat awal sebelum menjadi masalah yang lebih besar.
Penyakit gusi (Gum Disease) selalunya berlaku tanpa pengetahuan kita.
Tahu-tahu dah melekat dan menyebabkan ketidak selesaan di dalam mulut terutama semasa makan.
Doktor akan mencari tanda-tanda keradangan atau jangkitan supaya dapat merawat dengan lebih mudah dan kurang sakit.
Ada kawasan mulut yang kita tak dapat nak bersihkan dengan memberus gigi sahaja.
Dan apabila kotoran dibiar terlalu lama, plak boleh mengeras dan menjadi karang gigi.
Dan untuk membuangnya hanya doktor gigi boleh keluarkan semasa pemeriksaan berkala.
Ini dapat kurangkan risiko kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Pemeriksaan pergigian yang kerap bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan anda, malah menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.
Dengan mengetahui isu lebih awal, anda boleh mengelakkan rawatan yang lebih serius dan mahal. Sebagai contoh, merawat kaviti kecil dengan tampalan adalah jauh lebih murah daripada menunggu sehingga ia memerlukan saluran akar atau cabut gigi.
Pemeriksaan dan pembersihan yang kerap membantu mencegah penyakit gusi, yang merupakan punca utama kehilangan gigi. Mengekalkan gigi asli anda lebih menjimatkan kos dan kurang rumit daripada buat gigi palsu atau implan.
Ada sesetengah syarikat menyediakan 'staff benefit' untuk checkup gigi. Jadi tak rugi kalau menggunakan duit tersebut untuk pemereksaan berkala gigi anda.
Penjagaan pergigian yang kerap boleh membantu mencegah keadaan seperti penyakit jantung dan diabetes, yang membawa kepada mengurangkan perbelanjaan perubatan secara keseluruhan.