new arden logo r
+60 13-218 1751
Book Appointment
Waktu Operasi
9 Pagi - 6 Petang

Kos Pakai Braces Ni Mahal ke Sebenarnya?

Ditulis pada: 28/05/2025
kos pakai braces
Kongsikan:

Zaman sekarang ni, bukan artis je yang pakai braces (pendakap gigi), orang kampung, orang bandar, semua dah mula sedar pentingnya meluruskan gigi bukan sekadar untuk nampak cantik, tapi untuk kesihatan mulut jangka panjang.

Gigi yang tersusun bukan je sedap mata memandang, tapi senang nak jaga – kurang risiko gigi berlubang, gusi bengkak, dan mulut berbau.

Kebanyakkan klinik gigi akan menawarkan rawatan braces dengan pelan rawatan selama 2 tahun diikuti bayaran ansuran bulanan (bagi mengurangkan bebanan daripada bayar lump sump).

Hal ini kerana, setiap bulan doktor perlu 'review' keadaan gigi dan buat rawatan yang perlu untuk mencapai objektif anda memakai braces.

Jadi kalau hangpa tengah pikir-pikir nak pasang ke tak, meh sini kami cerita sikit – biar faham, baru senang buat keputusan.

Kenapa Kena Pakai Braces?

Bukan sebab nak nampak cute je tau. Braces ni bantu:

  • Meluruskan gigi yang senget-benget
  • Betulkan gigitan (bite) supaya makan pun selesa
  • Mudahkan penjagaan gigi – senang floss, senang gosok
  • Elakkan masalah jangka panjang – macam sakit rahang, gigi haus tak sekata, dan gigi berlaga

Dan selalunya, rawatan braces akan ambil masa 2 tahun – bukan pasang terus siap. Setiap bulan, doktor akan review dan adjust, sebab gigi kita ni bergerak sikit-sikit je, bukan boleh tolak terus straight macam tolak kerusi lipat.

Pelan Ansuran – Tak Perlu Bayar Lumpsump

Jangan risau, tak perlu korek tabung ayam terus nak bayar RM5,000+ sekali gus.

Kebanyakan klinik tawarkan pelan ansuran bulanan. Contohnya:

  • Deposit mula: RM500 – RM1,500
  • Ansuran bulanan: RM100 – RM250 selama 18–24 bulan

Lagi pun, setiap bulan tu memang korang kena datang jumpa doktor untuk checkup. Kiranya bayar tu bukan setakat pasang, tapi termasuk servis bulanan.

Pilihan Jenis Braces

Braces Conventional

Ni yang biasa korang nampak – ada getah warna-warni. Harga lebih berpatutan, tapi kena lebih rajin jaga sebab cepat perangkap makanan.

Braces Self-Legating

Tak guna getah, lebih selesa dan cepat hasil. Tapi biasalah, harga pun ‘nampak cantik’ sikit la.

Kalau rasa nak low profile, boleh juga explore clear aligners (Invisalign) tapi itu cerita lain, harga pun lain macam sikit.

Siapa Pasang? Doktor Biasa ke Specialist?

Kalau pasang dengan doktor gigi biasa, harga boleh dalam RM4,000 – RM7,000. Tapi jangan risau – doktor biasa pun ada pengalaman dan kelulusan untuk pasang braces.

Kalau bajet lebih, dan nak rawatan dari pakar Orthodontist (pakar pendakap gigi) – harga mungkin RM6,000 ke atas. Tapi hasilnya memang tip top la.

Kata orang, “bayar lebih, hasil pun puas hati.”

Tempat Anda Buat Braces

Lokasi pun main peranan. Klinik dalam kawasan bandar macam KL, Penang, Ipoh – selalunya harga lebih tinggi sebab kos operasi pun tinggi. Kalau buat kat kawasan luar bandar, ada je klinik yang offer harga lebih mesra poket.

Tapi jangan semata-mata kejar murah. Pastikan klinik tu ada lesen, doktor berdaftar, dan review yang baik.

Kesimpulan – Nak Tunggu Apa Lagi?

Kalau gigi dah bersusun, senyum pun yakin, mulut sihat, dan satu hari nanti, tengok gambar kahwin pun tak malu – worth it weh!

Kalau masih ragu-ragu, datang je dulu jumpa doktor untuk consultation percuma. Tanya apa patut, kira bajet, tengok pelan ansuran. Jangan takut.

Ingat, braces ni bukan untuk nampak comel je, tapi pelaburan jangka panjang untuk kesihatan dan keyakinan diri.

Arden Dental
Kami menyediakan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah gigi anda! Dapatkan semula senyuman manis anda hari ini bersama Klinik Pergigian Arden
Copyright © 2025 Klinik Pergigian Arden Sdn. Bhd. (1450334-D)
Direka dan Dibina oleh My Class Marketing.