Kenapa gigi saya ada mcm white spot pada gigi doktor?
Fluorosis: Terlalu banyak pendedahan kepada fluoride semasa pembentukan gigi (biasanya semasa kecil) boleh menyebabkan fluorosis, yang mana enamel menjadi rapuh dan menyebabkan tompok putih terbentuk.
Demineralisasi Enamel: Apabila gigi kehilangan mineral disebabkan oleh plak bakteria dan asid yang terkumpul pada permukaan gigi, ia boleh menyebabkan kawasan gigi menjadi lebih lembut dan berkapur, lalu membentuk tompok putih. Ini sering berlaku semasa proses awal kaviti.
Pemakaian Braces (Pendakap Gigi): Pemakai pendakap gigi kadangkala tidak dapat membersihkan gigi dengan sempurna di sekeliling pendakap. Akibatnya, plak boleh berkumpul di sekeliling pendakap dan menyebabkan tompok putih setelah pendakap dikeluarkan.
Diet yang Tinggi Asid dan Gula: Makanan dan minuman yang tinggi asid atau gula boleh menyumbang kepada pembentukan plak dan asid pada gigi, yang akhirnya menyebabkan demineralisasi dan tompok putih.
Kekurangan Penjagaan Mulut: Penjagaan mulut yang tidak memadai atau pembersihan gigi yang kurang sempurna boleh menyebabkan penumpukan plak, yang seterusnya membawa kepada pembentukan tompok putih.
Rawatan Icon Infiltration adalah prosedur yang sangat mudah dan tidak melibatkan pembedahan, bertujuan untuk menghilangkan tompok putih pada gigi yang biasanya terjadi akibat masalah seperti fluorosis atau tanda awal gigi reput.
Rawatan ni tak melibatkan sebarang penggerudian atau pembuangan struktur gigi yang sihat, jadi ia sesuai untuk sesiapa yang nak rawatan yang lebih mesra gigi.
Bagi sesetengah individu, tompok putih pada gigi terutamanya gigi hadapan boleh mengurangkan keyakinan diri untuk senyum.
Cara rawatan ni berfungsi adalah dengan menyerap resin khas ke dalam enamel gigi yang berpori, yang kemudian menyatukan warna tompok putih tu dengan warna gigi yang lain. Proses ni cepat, selesa, dan hasilnya boleh nampak serta-merta.
Untuk menambahkan keyakinan diri semula, jom hilangkan tompok2 putih dengan rawatan ICON supaya boleh senyum dengan lebih yakin dan lebar !
Sekiranya anda mengalami masalah sebegini, boleh hubungi kami untuk konsultasi dengan doktor gigi kami bagi mendapatkan rawatan .