Okey memandangkan ramai yang tanya apa beza scaling, polishing dan whitening. Saya tuliskan secara ringkas mengenai ketiga-tiga rawatan tersebut.
Penting untuk pelanggan tahu tentang rawatan yang diambil dan apa kesan selepas selesai rawatan.
Selalunya kita akan datang ke klinik setiap 6 bulan atau 2x setahun untuk buat check-up dan cuci gigi atau dipanggil scaling.
Sewaktu scaling dibuat, doktor akan membuang kotoran atau dikenali sebagai plak di celahan gigi.
Dalam masa yang sama, doktor juga akan membuang karang gigi yang terdapat dipermukaan gigi.
Apabila karang gigi dibuang, korang akan rasa macam ada lubang disetiap celahan gigi, dan ini adalah perkara normal ya.
Polishing pula akan dibuat selepas selesai rawatan scaling. Polishing akan membersihkan kesan stain yang terdapat pada gigi (kesan dari minum teh/kopi atau selalu merokok).
Gigi korang akan nampak lebih berkilat.
Tapi polishing tak akan buat gigi korang putih ya.
Dah alang-alang buat scaling dan polishing, setahun sekali buat whitening pun tak apa kan?
Bagi mereka yang nak gigi jadi lebih putih (tapi tak lah betul-betul putih) maksudnya nak kurangkan penampakan warna kuning pada gigi, whitening adalah pilihan yang tepat.
Whitening merupakan satu proses untuk putihkan gigi. Bergantung kepada which level of putih yang you nak, prosesnya akan mengambil masa yang agak lama sekitar 1-2 jam bergantung kepada keadaan gigi.
Sekarang korang dah faham tentang scaling, polishing dan whitening, jadi secara generalnya kita dapat concludekan:
Okey sekarang dah faham ya mengenai ketiga-tiga rawaran tersebut?
Kalau nak book appointment boleh datang ke Klinik Pergigian Arden atau hubungi disini.