new arden logo r
+60 13-218 1751
Book Appointment
Waktu Operasi
8:30 Pagi - 5:30 Petang

Rawatan Untuk 1 Batang Gigi Yang Hilang: Pilihan Terbaik & Kos di Malaysia (2025)

Ditulis pada: 08/07/2025
Kongsikan:

Kehilangan satu batang gigi — sama ada akibat kemalangan, rosak teruk, atau perlu dicabut — bukan sekadar isu kosmetik. Ia boleh menjejaskan fungsi kunyahan, mengganggu susunan gigi lain, dan dalam jangka masa panjang, mengubah bentuk wajah anda.

Berita baiknya, ada beberapa rawatan moden yang boleh gantikan 1 batang gigi yang hilang — dengan hasil yang nampak semula jadi, selesa, dan tahan lama.

Dalam artikel ini, Klinik Pergigian Arden kongsikan semua pilihan rawatan untuk 1 batang gigi yang hilang, kelebihan setiap rawatan, kos anggaran dan bagaimana untuk buat keputusan yang sesuai dengan bajet serta gaya hidup anda.

Kenapa Penting Gantikan Gigi Yang Hilang?

Ramai anggap kehilangan 1 batang gigi tak memberi kesan besar. Tapi sebenarnya…

  • Gigi bersebelahan boleh bergerak ke ruang kosong dan menyebabkan senget.
  • Struktur wajah boleh berubah — pipi nampak jatuh atau masuk ke dalam.
  • Sukar kunyah atau makan di bahagian tersebut.
  • Boleh jejaskan sebutan atau pertuturan.
  • Ruang kosong mudah perangkap sisa makanan → risiko karies & bau mulut.

Lebih cepat gigi diganti, lebih mudah rawatan dilakukan.

Pilihan Rawatan Ganti 1 Batang Gigi

Dental Implan (Implant) – Pilihan paling stabil & tahan lama

Dental implant ialah akar gigi tiruan (biasanya titanium) yang ditanam dalam tulang rahang dan diletakkan crown di atasnya. Ia menyerupai gigi asal dari segi rupa dan fungsi.

Kelebihan:

  • Nampak dan rasa seperti gigi asli
  • Tahan lama (boleh capai 10–20 tahun atau lebih)
  • Tak ganggu gigi lain
  • Selesa untuk kunyah & bercakap

Kekurangan:

  • Kos lebih tinggi
  • Prosedur perlukan masa beberapa bulan
  • Perlukan tulang rahang yang cukup kuat

Anggaran kos: RM5,000 – RM8,000

Dental Bridge (Jambatan Gigi) – Alternatif tanpa tanam logam

Bridge melibatkan ‘jambatan’ antara dua gigi sihat untuk gantikan ruang kosong gigi hilang. Gigi di sebelah akan dikecilkan untuk dijadikan ‘penyokong’ (abutment).

Kelebihan:

  • Prosedur lebih cepat daripada implan
  • Nampak estetik dan stabil
  • Sesuai untuk yang tak cukup tulang untuk implant

Kekurangan:

  • Gigi sihat perlu dikecilkan
  • Tidak tahan selama implant
  • Sukar dibersihkan jika tidak jaga betul

Anggaran kos: RM2,500 – RM4,000

FRC Bridge (Fiber-Reinforced Composite) – Rawatan mesra bajet & tanpa potong gigi

FRC bridge ialah rawatan yang menggunakan bahan fiber khas yang dilekatkan pada gigi bersebelahan tanpa perlu dikecilkan. Ia sesuai untuk gigi depan atau satu batang gigi yang hilang.

Kelebihan:

  • Tak perlu potong gigi
  • Kos lebih murah
  • Proses siap dalam 1-2 lawatan sahaja
  • Nampak natural untuk gigi depan

Kekurangan:

  • Kurang tahan untuk tekanan kuat (tak sesuai untuk gigi belakang)
  • Jangka hayat lebih pendek (3–5 tahun)
  • Perlu elak makanan keras

Anggaran kos: RM1,200 – RM2,000

Gigi Palsu Seunit (Partial Denture) – Pilihan ekonomi & boleh tanggal

Gigi palsu seunit ialah gigi tiruan yang boleh ditanggalkan, digunakan untuk menggantikan satu atau lebih batang gigi.

Kelebihan:

  • Kos paling rendah
  • Sesuai untuk sementara waktu
  • Boleh ditanggalkan & dibersihkan

Kekurangan:

  • Kurang stabil
  • Kurang selesa berbanding rawatan tetap
  • Mudah patah atau longgar

Anggaran kos: RM250 – RM600

Rawatan Gigi Hilang di Klinik Pergigian Arden

Di Klinik Pergigian Arden, kami menyediakan semua jenis rawatan untuk gigi hilang — termasuk implan, bridge, FRC bridge, dan gigi palsu.

Doktor lelaki & perempuan berpengalaman
Teknologi moden & teknik estetik
Harga telus & pelan bayaran
Cawangan: Teluk Intan (Perak) & Sungai Besar (Selangor)

Arden Dental
Kami menyediakan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah gigi anda! Dapatkan semula senyuman manis anda hari ini bersama Klinik Pergigian Arden
Copyright © 2025 Klinik Pergigian Arden Sdn. Bhd. (1450334-D)
Direka dan Dibina oleh My Class Marketing.