new logo arden dental
+60 13-218 1751
Book Appointment
Waktu Operasi
9 Pagi - 6 Petang

Tips Hilangkan Gigi Kuning Secara Efektif

Ditulis pada: 12/06/2024
tips hilangkan gigi kuning secara efektif

Mesti ada rasa seronok bila gigi kita bersih dan putih. Rasa diri lebih yakin dengan senyuman. Nak jumpa orang pun tak segan bila bercakap.

Jadi penjagaan gigi ni memang sangatlah penting kerana merupakan 'first impression' apabila orang melihat kita.

Disamping memakai pakaian yang kemas, minyak wangi, rambut disikat rapi, kasut, dan terakhir sekali adalah gigi kita.

Dan masalah gigi setiap individu adalah berbeza, tapi yang paling sering kita nampak adalah gigi kuning.

Jadi saya akan share beberapa tips yang membantu anda mengurangkan kesan kuning pada gigi supaya dapat membantu anda senyum dengan lebih yakin dan sihat.

Menjaga Kebersihan Gigi dengan Cara Yang Betul

Menggosok Gigi Secara Berkala (Setiap Hari)

Perkara asas dalam penjagaan gigi adalah dengan menggosok gigi. Sekurang-kurang 2 kali sehari.

Antara waktu terbaik gosok gigi adalah sewaktu bangun tidur (sebelum sarapan), dan sebelum tidur (setelah selesai makan)

Orang dewasa digalakkan menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride bagi melindungi gigi dari kerosakan.

Tambahan pula pemilihan berus gigi dan juga cara memberu gigi memainkan peranan yang penting untuk memudahkan kita semasa membersihkan mulut.

Menggunakan Floss

Floss ni tak ramai yang tahu betapa bergunanya untuk membersihkan gigi, sebabnya ambil masa lama untuk siapakan setiap celahan gigi.

Floss ni tujuannya untuk membersihkan celahan-celahan gigi dengan menggunakan benang khas (dental floss).

Ia membantu untuk menghilangkan plak dan sisa makanan yang tersangkut yang dimana tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi.

Berkumur dengan Ubat Kumur

Ubat kumur yang mengandung antiseptik dapat membantu membunuh bakteri di mulut yang dapat menyebabkan plak dan bau mulut.

Gunakan obat kumur setelah menggosok gigi dan membersihkan dengan benang gigi untuk hasil terbaik.

Menghindari Makanan dan Minuman yang Menyebabkan Kuning

Beberapa makanan dan minuman diketahui dapat menyebabkan gigi berubah menjadi kuning atau kecoklatan. Menghindari atau mengurangi konsumsi makanan dan minuman berikut dapat membantu menjaga gigi tetap putih:

Kopi dan Teh

Kopi dan teh mengandung tanin, senyawa yang dapat menyebabkan noda pada gigi. Jika Anda adalah penggemar berat kopi atau teh, pertimbangkan untuk mengurangi konsumsi atau minum menggunakan sedotan untuk mengurangi kontak langsung dengan gigi.

Makanan yang Berpigmen Kuat

Buah-buahan dan sayuran dengan warna yang sangat pekat, seperti ubi bit merah, blueberry, dan tomato, buah naga dan lain-lain dapat meninggalkan kotoran (stains) pada gigi.

Tidak dinafikan makanan seperti contoh di atas adalah sihat, namun setelah selesai makan bilas mulut dengan air untuk mengurangkan risiko perwarnaan (gigi kuning).

Minuman Berkarbonat dan Berwarna Gelap

Minuman seperti air gas, dan jus beri juga dapat menyebabkan 'stains' pada gigi.

Air gas juga mengandung asam yang boleh merosak enamel gigi.

Mengganti minuman ini dengan air putih adalah pilihan yang lebih baik untuk kesihatan gigi.

Berhenti Merokok

Seperti semua tahu merokok ni adalah sangat tidak baik untuk kesihatan. Malah ia juga boleh merosakkan gigi dan gusi.

Bahan seperti nikotin dan tar dalam rokok boleh menyebabkan gigi berubah menjadi warna kuning atau coklat.

Langkah terbaik untuk hindari masalah ini adalah dengan berhenti merokok supaya kesihatan mulut kita terjaga.

Menggunakan Produk Pemutih Gigi

Di pasaran ada pelbagai jenis produk pemutih gigi yang anda boleh cuba untuk membantu kurangkan masalah gigi kuning.

Tapi pastikan anda dapatkan saranan doktor gigi terlebih dahulu sebelum mencuba produk tersebut.

Strip Pemutih

Ubat / Serbuk Gigi Pemutih

Gel Pemutih dan Lampu LED

Arden Dental
Kami menyediakan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah gigi anda! Dapatkan semula senyuman manis anda hari ini bersama Klinik Pergigian Arden Teluk Intan
Copyright © 2025 Klinik Pergigian Arden Sdn. Bhd. (1450334-D)
Direka dan Dibina oleh My Class Marketing.